31 July 2014

JENIS-JENIS EMAS

Emas terdiri daripada beberapa jenis yang diklasifikasikan mengikut ketulenan emas. Nilai ketulenan emas ini dinamakan sebagai Karat.
Nilai Karat emas bergantung kepada berapa banyak unsur emas yang terdapat dalam emas tersebut. Semakin tulen emas, semakin tinggi peratusan unsur emas di dalamnya, dan semakin tinggi nilai Karat emas itu.
Berikut merupakan nilai Karat dan peratusan unsur emas yang terdapat dalam sesuatu emas.
  • 24 Karat – Mempunyai 99.9% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dikenali sebagai emas 999 atau emas tulen. Contoh adalah seperti bar emasdinar emas.
  • 22 Karat – Mempunyai 91.6% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dikenali sebagai emas 916 yang biasanya digunakan sebagai barang kemas.
  • 18 Karat – Mempunyai 75.0% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dinekali sebagai emas 750.
  • 14 Karat – Mempunyai 58.5% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dinekali sebagai emas 585.
  • 9 Karat – Mempunyai 37.5% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dinekali sebagai emas 375.


No comments: