26 January 2014

TARIKH PEMBAYARAN BR1M 3.0 2014




Tarikh pembayaran BR1M 2014 (BR1M 3.0)

Tarikh pembayaran BR1M 2014 (BR1M 3.0). Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini. Pada tahun ini, pemberian bantuan itu akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. Buat pertama kalinya juga, BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

  

4 comments:

Unknown said...

haa elok lah tu.. pertghn bln biasanya agak kekeringan duit.. hahahaha..

TelingaBulat said...

wahh xsaba nye hehe ;p

Shida Radzuan said...

yehuuuu hehee..

AmiRawrr said...

ohh tengah bulan februari rupanya~