4 January 2014

BERITA | SEMBANG GHAIRAH

Kuala Lumpur: Hanya bermodalkan telefon pintar murah berserta capaian Internet, sesiapa saja termasuk remaja di bawah umur kini boleh mengikuti perbincangan seks, gambar, klip video serta mesej lucah tanpa sebarang sekatan di laman sosial.
Jika sebelum ini negara digemparkan dengan penghasilan klip video, web serta blog lucah, aplikasi Twitter dikesan menjadi trend terbaru kepada generasi moden untuk memuaskan nafsu mereka.
Fenomena ini nyata membimbangkan terutama golongan ibu bapa kerana ramai remaja kini memiliki telefon pintar manakala capaian Internet pula boleh dilanggan dengan kos serendah RM5, malah ada tempat menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar (WiFi) secara percuma.

Ungkapan seperti ‘I kat dalam bilik tengah bogel sayang’, ‘Hisapkan **** Anis please’, ‘Cepatlah sayang, I tak tahan ni’ adalah antara pertuturan dan perbincangan seks secara terbuka di laman berkenaan dengan purata ribuan pengikut bagi setiap pemilik akaun.
Foto

Lebih membimbangkan, terdapat juga gambar, animasi dan klip video seks, humor seks, usikan terhadap pengikut seperti ajakan berasmara secara siber yang boleh mendatangkan kesan buruk jika tidak dipantau.
SUMBER DARI MYMETRO

6 comments:

Dzureen Darwis said...

oh ye? dah lama x cek twitter, mujur baik xyah buka twitter camni ek

Chot said...

hmm..mmg susah nk kawal bnda ni. lagi2 dkt remaja. Cabaran utk ibubapa..kalau tak kuat iman...

Syira Lokman said...

bahayaaaaaa pemikiran remaja skrg ni

Anonymous said...

kita yg dah kwin ni pun naik malu sgt bila tgk perangai remaja skrg.. bkn semuanya tak baik. tp hmpir kebanyakan terdedah dgn perkara negatif sebegini..nauzubillah

http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com

Shida Radzuan said...

bahayanyeee huhuu...

AmiRawrr said...

haishh~ teruk dah ni