20 December 2013

JOM BANTU SEORANG BLOGGER NI

Assalamualaikum..

YA ALLAH .. pilu rasa hati bila baca ENTRY dari seorang BLOGGER dari blog PENSEL ALAM MAYA .. sekarang dia mengalami masalah kewangan untuk mengubati sakit nenek dia .. jom .. sapa-sapa yang mampu dan nak beri sumbangan .. boleh banking kat dia .. walaupun rm10 .. dah cukup membantu .. dan kalau tak mampu dari segi kewangan .. jom pakat-pakat share entry ni .. mana tahu .. kot ada yang mampu nak menolong ^_^

Sedih. Hati tak keruan.Walaupun pada mulanya exited dan gembira datang semenanjung ni.Dengan niat berhijrah dan mencuba nasib.Kalau-kalau ada rezeki lebih kami sekeluarga disini.Namun 2 3 hari ni, ima rasa hati ima dah takde kat sini.Hati meronta-ronta untuk balik ke sarawak. Namun terpaksa dipendam sebab harga tiket hujung tahun ni sangat mahal.  

Nenek ima sakit. beberapa minggu selepas kami sekeluarga berhijrah ke semenanjung, nenek slalu sakit-sakit. Dia rindukan anak ima. Bukan niat untuk meninggalkan mereka.Tapi ima harus untuk mencuba nasib. Dan beberapa minggu lalu nenek terkena penyakit kayap di bahagian kepala dan muka. habis bernanah.Tapi sekarang nanah tu dah kering dan dah boleh kopek pun. Ingatkan bila kering nenek dah sembuh, Tapi masalah lain pulak timbul bila nenek sering meracau dan mengadu kesakitan kepala yang sangat sakit dari dalam.

Ya Allah, Tuhan je tau perasaan ima. Dari jauh je dengar khabar nenek sebab nak balik memang tak mampu.Tiket hujung tahun memang mahal. Harga tiket nak sampai rm600 lebih.Ima kerja pun tak keruan.Ada aunty ima je yang jaga nenek sekarang.Hampir setiap petang nenek kesakitan dan terpaksa dibawa ke hospital. Dan bila sampai hospital, nenek just diberi injection dan ubat. Terluka hati ima bila dengar dari jauh je. 

Semalam aunty kata nak bawa nenek jumpa doktor pakar.Tapi kat sana takde doktor pakar. Terpaksa ke Kota KInabalu sabah untuk berjumpa doktor pakar.Perlukan kos yang banyak sebab kena pergi jauh. So dengan rendah hati dan perasaan segan ima nak minta bantuan kat rakan-rakan blogger dan sesiapa yang membaca ni untuk bantu ima. Ima nak kutip derma untuk  kos hantar nenek ke doktor pakar.Ini je yang mampu ima buat untuk nenek dari jauh. Bantulah ima untuk kumpul derma seberapa yang korang sudi.Kalau tak sekalipun, tolong sebarkan entri ni. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi korang semua..

Sekiranya korang sudi membantu walau rm10, boleh bankin ke akaun ima.
Maybank
Salsuzaima bte selamat
161042165320
no.hp: 0128706289
putri_malu89@hotmail.com 

P/s: Ima tahu ima tak sepatutnya meminta-minta.Tapi ni je cara yang ima boleh buat untuk nenek.sekurang-kurangnya ima tak menyesal nanti.Nenek ima adalah orang yang menjaga ima dari kecil hinggalah ima berkahwin.. :'( Korang tolong doakan juga agar dikurangkan kesakitan nenek ima.
 Nenek ima yag sakit
Datuk ima.Yang jaga ima, keluarkan duit utk sekolah ima,dari kecik sampai sambung sekolah.

Ima nak sangat balik.. Y a Allah.. Tuhan je tau perasaan sekarang ni. hibanya tengok gambar je. :'(
Semalam hantar gambar anak ima kat wechat sepupu ima.Suruh bagi nenek tengok.Sepupu ima cakap, nenek cium gambar anak ima dan menangis.
Ya Allah. Apa patut ima buat?? Nak sangat balik :'(

* copy n paste dan tambah2 ayat kat atas 

No comments: